06 Februari, 2011

Cuti bermaksud Holiday!!

Assalamualaikum w.b.t...

entry kali ni nak cerita sikit pasal cuti raya cina aku kat rumah...
bukan senang aku nak balik rumah dan berehat bersama family tercinta ni...
kali ini dah tiada latihan lagi di waktu cuti raya cina...
kalau sebelum ni, memang mak aku selalu berdialog pada aku macam ni:

mak :: "shah, bila nak balik rumah??"
aku :: "tak pasti lagi mak..ada latihan PALAPES cuti kali ni.."
mak :: "owh...tak tau lagi la bila balik ye??'
aku :: "ehm...mungkin cuti panjang semestar nanti orang balik rumah..itupun mungkin seminggu je kot..."
mak :: "ok,nanti kalau boleh balik bagitau la ye..."
aku :: "InsyaAllah...mak kirim salam kat semua yang ada kat rumah ye...Assalamualaikum.."
mak :: "InsyaAllah..jaga diri elok-elok...waalaikummussalam..."

kadangkala aku rasa serba salah pada mak aku..sebab apa??sebab aku anak lelaki...mak aku mesti harapkan aku ada kat rumah walau pun masa cuti..tapi aku tak dapat penuhi harapan mak aku setiap masa...tapi aku tetap bersyukur..sebab mak aku sentiasa memahami aku yang sentiasa ingin aktif dan komited dalam membuat sesuatu perkara(bukan puji diri sendiri ni ye..hehe)..Alhamdulillah...kini aku ada masa untuk bersama keluarga di waktu cuti raya cina ni..
memangla bukan raya aku,tapi bukan senang aku nak duduk kat rumah waktu cuti2 macam ni...huhu...


Raya cina kali ni adalah hari yang special untuk kakak dan adik aku sendiri..sebab apa??ha...sebab kali ni, raya cina = HARIJADI KAKAK DAN ADIK AKU...
kakak aku bernama = AZRINA BINTI ZAKARIA yang semakin tua iaitu 25 tahun!!
dan adik aku pula = NURAMIRAH BINTI ZAKARIA yang juga masih muda iaitu 17 tahun...
dalam family aku, dua orang adik beradik aku ni je yang tarikh lahir sama...adik beradik yang lain tu semua lain-lain tarikh lahir...so, kali ni kami pergi sambut kat PIZZA HUT!!
orang yang sambut harijadi pula yang belanja...hehehe...terima kasih...;p


bersama adik bongsu aku yang SIHAT!!haha...

orang yang diraikan...sama tak muka diorang???

bersama mak yang tercinta...


kakak-kakak ku yang sengal...ha,yang belah kiri tu kakak aku yang kerja kat TV3 sebagai wartawan...kalau nak tengok dia,biasanya dia ada kat BIOTECH CORP punya segmen kat berita pukul 8...nama dia SALINA ZAKARIA...kalau nak tahu je la(tak nak tau takpe..huhu)...

salah satu pizza yang dinikmati...alamak,lapar pula tengok pizza ni...

aku dapat slice yang PALING BESAR...adik aku yang SIHAT tadi tu sungguh jelez dengan aku...hahaha

kakak aku yang kekenyangan bersama tunangnya...huhu

bergambar bersama family aku yang ada..tak semua ada sebab kesibukan bersama family masing2...

ha...mat rempit pizza hut!!

ayah aku bergambar romantik dengan mak aku bersama teksi nya...(abaikan adik aku yang menyibuk dalam teksi tu)

**************************************

ha..juz nak bagitau pasal terminal bas baru yang ada kat KL...terminal bas ni adalah khas untuk bas2 yang bergerak ke arah selatan...aku baru je merasa naik bas dari terminal ni...nama terminal bas ni adalah TERMINAL BERSEPADU SELATAN BANDAR TASIK SELATAN(tbsbts)...anda-anda semua boleh buka website yang disediakan oleh terminal baru ni..kat sini anda semua akan tahu serba sedikit pasal terminal baru ni..


ha...yang ni pula BOARDING PASS(macam naik flight tu...) untuk naik bas di TBS ni...kalau anda semua dah beli tiket luar dari TBS ni,anda semua kena tukar boarding pass ni kat TBS tu...sebab,tanpa boarding pass ni,anda semua tak boleh naik bas mahupun mendekati bas...nampak ada nama aku kat boarding pass tu??ha...nak pergi kat ruang menunggu bas tu kene melalui POLIS BANTUAN yang ada kat eskalator tu...dia akan cek pemunya tiket tu adalah pemegang tiket waktu tu...kalau dia minta kad pengenalan,kena la bagi untuk prove anda adalah pemunya tiket...ha...macam kat airport tak??canggih kan??yang penting keselamatan...

anda semua memang kena tukar boarding pass juga sebab, bila anda punya boarding pass akan di 'scan' di 'gate' bas yang anda semua akan naik...nampak macam banyak prosedur kan???tapi mungkin ada sebabnya mereka2 ni buat macam ni...mungkin juga untuk mencapai WAWASAN 2020??(ada kemungkinan kan??malaysia semakin maju woo...)

ha,yang ni pulak gate untuk bas naik bas...nampak kat sebelah gate tu ada monitor macam 1Malaysia punya lambang??ha, dekat situ la boarding pass anda semua akan di scan sebelum naik bas...


ni la ruang menunggu sebelum bas sampai..memang selesa..ada air-cond dan WIFI lagi tu...boleh main fb sebelum naik bas...huhu...overall, untuk komen dekat terminal baru ni,semuanya ok...mungkin tak lama lagi akan banyak kedai akan buka dekat terminal ni...masa tu mungkin lagi banyak bas2 yang akan mula perjalanan di sini...anda semua jangan risau untuk datang kat terminal ni...memang selesa dan pekerja kat sini pun smart2...dah tak macam kat bukit jalil dulu tu...banyak ulat2 tiket bertebaran di muka bumi...selesa dan tak berpeluh...huhuhu...okla,kalau nak tanya apa2,sila la...akan aku jawab selagi aku tahu..huhu..tata...Assalamualaikum...

Thanx for reading this entry...=)

7 ulasan:

  1. info yg sgt berguna klu g kl~huhu :D
    tu pizza hut sentul raya kan..haha

    BalasPadam
  2. camne leh tau ni??penah berdat**g kat sini ke??hehehe

    BalasPadam
  3. haha..bkn laa..bak kata akid, meeting~ laen maknanye dgn dat**g..:p

    BalasPadam
  4. keluarga yg bahagia...
    aku pon bahagia jugak bila baca ni...hehe

    aril-bila lg nk ada family sendiri?wohaha

    BalasPadam
  5. azwa :: owh...meting...hehe...ok..

    keyo :: aku muda lagi dpd mu keyo...mu la dulu...bagi org2 tua dulu...hehe

    BalasPadam
  6. aril, ko seswai la bawak moto pizza hut tu..:p

    BalasPadam
  7. cite2 da tercapai da nek moto pizza hut...nnt ak nk bli 1 la...wat gi kelas...hahaha

    BalasPadam